Pada waktu ini aku merasakan amat sukar dalam dada. Amat
payah untuk kekal konsisten dan memumpukan pada ci cita dalam diri . Memang
benar di katakan bayangan gelap masa lampau akan sentiasa menghantui dan mengikat diri mu mu untuk berubah dan
menjadi lebih baik. Aku sedar bahawa minat atau keinginan sahaja belum tentu
mampu untuk memacu jalan untuk mencapai cita cita. Tapi yang lebih diperlukan
adalah kekuatan untuk kita menghadapi saat kehilangan punca dan idea, saat hati merasakan kosong dan tidak terarah. Stamina
yang diperlukan adalah untuk menyonsong arus, dan kental diri untuk untuk
kosisten dan trus berdisiplin . Di sini aku merasakan menjadi seorang yang
gagal.
Mungkim juga penulis tidak wajar berada di keadaan yang
santai dan complacent. Kesuntukan masa, tekanan sekeliling mumgkim lebih menganjak
diri untuk terus berkarya. Ini kerana pada hari ini aku rasa mempunyai waktu
senggang yang banyak, namun aku leka dengan hal yang tidak penting dan banyak
hilang fokus. Banyak hasrat yang terkandung hanya menjadi boneka boneka yang
tidak bernhawa.
Akal harus berstruktur dalam merencanakan idea untuk
menulis. Mungkinkah aku ketandusan idea? Atau pun hilang keyakinan bahawasa
penulisan aku mencapai tahap yang membanggakan? Ya pasti aku rasakan kesilapan
aku adalah disebabkan oleh terlalu
meletakkan expectation yang tertinggi. Dan aku tidak yakin bahawa
penulisan aku mencapai taraf atau nilai sastera yang tinggi. Aku tidak mengerti
akan makna perasaan ini namun ia telah secara sadisnya mencacatkan hasrat yang
aku pendam selama ini.
Saya suke dengan kata kata, just write and write and write.
Have it pour and done. Namun aku harus juga berfikir secara rambang tentang apa
poin poin penting yang cuba aku tuliskan. Apa detail detai penting yang ingin
di salutkan untuk mendalami poin poin tersebut. Apakah analisa dan sudut pandang yang cuba aku kemukan, dan apakah harapan
untuk tindakan masa hadapan. Itu semua harus aku fikirkan sebagai permulaan
umtuk merangkak untuk menjadi penulis yang baik. Harus lebih banyak membaca dan
mengariskan idea bernas yang boleh diolah oleh pemahaman diri sendiri.
Inshallah aku akan cube menulis lagi.
No comments:
Post a Comment